AJ link

Thursday, 1 March 2012

Oh! Conan, Conan, Conan dan Conan

Konne Chiwa!

Oh! Conan, Conan, Conan dan Conan..

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa banyak sangat conan.. I means Conan ye bukan Canon. ~hoho~. Itu sebab topik yang saya nak sharing hari ni mengenai Detective Conan atau dalam bahasa Jepun disebut sebagai Meitantei Conan. Mesti ada ramai yang minat Detective Conan dan ada jugak yang tak, ada yang tengok dan ada jugak yang tidak tapi itu bukan soalnya.(tak de sape pon nak soal) muahaha..Shhh.. saya nak share jugak sebab saya minat dan suka tengok Detective Conan.~hahaha~

Sudahkah anda menonton Detective Conan:The Lost Ship In The Sky??
Inilah apa yang saya nak kongsikan daripada tadi cuma muqaddimah mungkin agak panjang.~hehe~
saya dah tengok citer ni dan memang sangat best pada pandangan saya la but tak tahulah bagi korang yang dah tonton citer ni.bukan (tonton.com) ya!

OK!back to the topic, ia adalah movie yang ke-14 dari Case Closed selepas movie ke-13 entitled The Raven Chaser.

Detective Conan:The Lost Ship In The Sky


poster case closed, movie 14

Ia menceritakan mengenai perjalanan conan,ran,maori dan grup detektif boys di dalam airship milik bapa saudara Sonoko Suzuki bagi menyaksikan kejayaan beliau menangkap Kid The Phantom Thief yang diumpan dengan sebentuk batu permata yang diberi nama Lady Sky. sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila sekumpulan terorrist yang menggelarkan grup mereka sebagai Red Siamese Cats telah menawan airship Suzuki yang sedang menuju ke arah Osaka. Conan dan Detective Boys berusaha untuk selamatkan airship tersebut tetapi Conan telah dicampakkan keluar dari airship oleh ketua kumpulan terorrist kerana telah memusnahkan setiap bom yang mereka pasang. walau bagaimanapun,conan berjaya diselamatkan oleh kaito kid yang pada awalnya telah menyamar sebagai waiter di dalam airship tersebut. kemudian,conan dan kid kembali semula ke atas airship tersebut dengan bantuan helikopter pihak polis di mana kid telah menyamar sebagai shinichi kudo. grup terrorist tersebut telah mengeluarkan asap ke  udara yang dikatakan virus yang sangat bahaya sewaktu airship menuju ke Nara. conan meminta pertolongan heiji hattori untuk membantunya menangkap kumpulan yang ingin mencuri patung di daerah Nara yang dikatakan sangat berharga. kumpulan terrorist yang menawan suzuki airship hanya menggunakan nama red siamese cats dan virus berbahaya untuk menipu pihak polis Nara bagi mencuri patung di Nara. Akhirnya, mereka berjaya diberkas pihak polis Nara manakala conan berjaya menjatuhkan ketua kumpulan tersebut.

*Itu adalah sinopsis secara ringkas*
kalau nak yang full punya kenalah tonton Detective Conan:The Lost Ship In The Sky.
untuk yang berminat untuk menonton,saya ucapkan 
SELAMAT MENONTON!!
Anda pasti terhibur! ceeyywah.~hehe~

Bye! Sayonara!


No comments:

Post a Comment