AJ link

Monday, 19 March 2012

Nak Answer Call?? - Samsung Galaxy Y

Salam..!!


See the title?? :-D
Ha! Kalau rasa pelik,jom baca story plak..


Last holiday, AJ ada pegi jalan2 kat KB.Boring abis asyik duk kat rumah jer.so,jalan2 la best sikit tapi bukan berjalan la,naik Mobil kereta..~haha~LOL.. Apa lagi dah duk kat KB tu,kebetulan plak phone rosak plus ngan nak cari  mac games, so saya singgah la kat KB Mall. Dari pukul 11: 30 a.m sampai pukul 3: 00 lebih duk kat dalam tu just nak beli phone ngan games je tapi masa cepat sangat berlalu tanpa saya sedar.   * memang tak berapa nak sedar pon* Bak kata pepatah ' Masa itu emas ' ceyy wahh!haha..
Jalan punya jalan,pusing punya pusing, akhirnya berhenti la kat kedai phone sebab kaki dah lenguh. macam mana tak lenguh,habis satu Mall saya round dari tingkat bawah sampai tingkat atas. sampaikan mak  
ngan anak sedara saya berhenti minum kat food court sebab terlalu letih..


BAB PHONE PLAK..!!
Pilih punya pilih,tengok punya tengok,bukan tengok phone but tengok budget..haha.. Finally, my eyes tertumpu pada Sony dan Samsung. Nak beli Sony, takut tak cukup bajet sebab nak beli buku lagi dan banyak benda lagi yang nak dibeli. Then, saya pon pilih Samsung Galaxy Y aka Samsung Galaxy Young..
For de 1st time saya guna touch screen..
Wah!!dah dapat yang Touch screen, bergaya sakan la guna phone ni..Kecik jari nak tekan keyword..ye la, tak pernah guna touch.. :-D
Kerja saya men-download games..Fuhh! speed dia punya download memang laju plus screen yang cool untuk main game..Galaxy y didatangkan dengan Android 2.3 Gingerbread..2 , 3 hari tak letak phone, asyik main game,mesej ngan kawan2, dengar lagu and so on la..Bersemangat guna phone ni..Sampai orang call pon tak angkat.
Mak sedara,abang and family call pon saya tak angkat. Saya mintak maaf la kat mak cik,abang and sesiapa yang call tapi saya tak angkat.Bukan sombong or malas nak angkat sebab guna phone baru tapi......
saya tak tau macam mana nak answer call..~hehe~..dah tekan berpuluh kali button hijau tapi same je..
tekan button merah pun same jugak..So??
Rupanya kena Swipe la korang..Tu la, lain kali baca la dia punya function dulu. Dah berhari-hari guna baru saya tahu macam mana nak answer call..BUAT MALU JERR!!huhuhu
Biasa la teknologi CANGGIH!!* back-up diri sendiri *

Sekian dahulu story saya pada kali ni.. 
                                                                                  p/s : jangan bagi tahu orang lain yer..hehe

SAYONARA!!





Thursday, 1 March 2012

Oh! Conan, Conan, Conan dan Conan

Konne Chiwa!

Oh! Conan, Conan, Conan dan Conan..

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa banyak sangat conan.. I means Conan ye bukan Canon. ~hoho~. Itu sebab topik yang saya nak sharing hari ni mengenai Detective Conan atau dalam bahasa Jepun disebut sebagai Meitantei Conan. Mesti ada ramai yang minat Detective Conan dan ada jugak yang tak, ada yang tengok dan ada jugak yang tidak tapi itu bukan soalnya.(tak de sape pon nak soal) muahaha..Shhh.. saya nak share jugak sebab saya minat dan suka tengok Detective Conan.~hahaha~

Sudahkah anda menonton Detective Conan:The Lost Ship In The Sky??
Inilah apa yang saya nak kongsikan daripada tadi cuma muqaddimah mungkin agak panjang.~hehe~
saya dah tengok citer ni dan memang sangat best pada pandangan saya la but tak tahulah bagi korang yang dah tonton citer ni.bukan (tonton.com) ya!

OK!back to the topic, ia adalah movie yang ke-14 dari Case Closed selepas movie ke-13 entitled The Raven Chaser.

Detective Conan:The Lost Ship In The Sky


poster case closed, movie 14

Ia menceritakan mengenai perjalanan conan,ran,maori dan grup detektif boys di dalam airship milik bapa saudara Sonoko Suzuki bagi menyaksikan kejayaan beliau menangkap Kid The Phantom Thief yang diumpan dengan sebentuk batu permata yang diberi nama Lady Sky. sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila sekumpulan terorrist yang menggelarkan grup mereka sebagai Red Siamese Cats telah menawan airship Suzuki yang sedang menuju ke arah Osaka. Conan dan Detective Boys berusaha untuk selamatkan airship tersebut tetapi Conan telah dicampakkan keluar dari airship oleh ketua kumpulan terorrist kerana telah memusnahkan setiap bom yang mereka pasang. walau bagaimanapun,conan berjaya diselamatkan oleh kaito kid yang pada awalnya telah menyamar sebagai waiter di dalam airship tersebut. kemudian,conan dan kid kembali semula ke atas airship tersebut dengan bantuan helikopter pihak polis di mana kid telah menyamar sebagai shinichi kudo. grup terrorist tersebut telah mengeluarkan asap ke  udara yang dikatakan virus yang sangat bahaya sewaktu airship menuju ke Nara. conan meminta pertolongan heiji hattori untuk membantunya menangkap kumpulan yang ingin mencuri patung di daerah Nara yang dikatakan sangat berharga. kumpulan terrorist yang menawan suzuki airship hanya menggunakan nama red siamese cats dan virus berbahaya untuk menipu pihak polis Nara bagi mencuri patung di Nara. Akhirnya, mereka berjaya diberkas pihak polis Nara manakala conan berjaya menjatuhkan ketua kumpulan tersebut.

*Itu adalah sinopsis secara ringkas*
kalau nak yang full punya kenalah tonton Detective Conan:The Lost Ship In The Sky.
untuk yang berminat untuk menonton,saya ucapkan 
SELAMAT MENONTON!!
Anda pasti terhibur! ceeyywah.~hehe~

Bye! Sayonara!